Akaun jombiz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
7 FUNGSI ADVANCE WHATSAPP BUSINESS YANG RAMAI TAK TAHU

Anda selalu gunakan Whatsapp untuk closing dengan prospek? Tahu tak Whatsapp ada DUA jenis?

  1. Whatsapp Official (WO)
  2. Whatsapp Business (WB)

Kedua-duanya adalah daripada Facebook.


Jika anda menjalankan bisnes, sebaiknya anda gunakan WB. Sebab WB ini mempunyai banyak fungsi-fungsi rahsia yang tak ramai yang tahu!


Kadang dah guna lama, tapi tak tahu pun ada fungsi-fungsi Advance tu!

Nak tahu apa 7 Fungsi Advance Whatsapp Business ni?

Pertama, anda wajib ada aplikasi Whatsapp Business ini dalam henfon anda. Jika belum ada install DI SINI.

Kedua, anda boleh migrate semua database dan maklumat dalam Whatsapp Official kepada Whatsapp Business anda dengan mudah.

Lepas install WB, boleh pilih nak kekalkan no yang lama dalam WO atau nak gunakan no baru.

Jika nak kekalkan no lama, pilih saja no tersebut dan semua database akan dipindahkan ke WB.

Begitu juga jika nak kembali semula dari WB ke WO, masukkan saja no telefon sebelumnya.

Jika diminta, masukkan email yang sama untuk Whatsapp gunakan backup data sebelum ini.

Ketiga,
 ini antara 7 Fungsi Advance yang anda perlu tahu dan gunakan untuk bantu uruskan bisnes anda.


Fungsi Autoreply Greeting - Fungsi ini membolehkan anda menghantar mesej secara automatik kepada sesiapa saja yang mesej anda di Whatsapp pertama kali.

Fungsi Quick Reply - Fungsi ini membolehkan anda hantar mesej kepada penerima menggunakan skrip jawapan skema yang biasa ditanya berkaitan produk/servis anda.

Away Message - Fungsi ini membolehkan anda hantar mesej kepada penerima secara automatik sekiranya mereka mesej anda diluar waktu bekerja atau anda sedang bercuti.

Short Link - Anda akan dapat link khas, sekiranya orang lain klik link anda akan terus Whatsapp anda tanpa perlu save no telefon anda terlebih dahulu.

Mesej Label - Fungsi ini membolehkan anda remark atau menanda mesej yang anda terima mengikut status mereka untuk bantu anda follow up atau beri tawaran lain.

Broadcast Mesej - Fungsi ini membolehkan menghantar mesej secara pukal kepada contact list dalam henfon ada, syaratnya mereka juga perlu save no anda dalam henfon. Jika tidak mereka tidak akan terima mesej anda.

Katalog - Fungsi ini membolehkan anda mempromosikan produk anda dalam Whatsapp, anda boleh berikan mereka link katalog produk, pelanggan anda boleh terus pilih dan teruskan pembelian di Whatsapp.


Saya ada sediakan video tutorial lengkap tunjuk satu demi satu cara gunakan fungsi Whatsapp Business ni jika anda nak tengok.

Saya akan hantarkan link video ke email anda selepas ini supaya senang nak cari semula nanti.

Lengkapkan maklumat anda di bawah sekarang, link video akan dihantar secara automatik.